POST TERTANGGUH : memories in Melbourne, Australia.

Wednesday, April 4, 2012
Howdy mate (slang aussie) hahaha,, ni la problemnya orang malas ni,post sepatutunya taun lepas tapi dapat buat taun ni.. pemalas btul. orait, kite continue my journey to aussie.. flash back apa yang berlaku sepanjang 9 hari kat melbourne.

Kami dalam 46 orang p sana naek belon ( flight la ) kat changi.. hmmm..masa tu hari jumaat, kteorang sapetutnya berlepas lagi awal tapi disebabkan masalah dengan ajen n visa suma tu terpaksa ditangguhkan, dalam pukul 3petang bertolak dari lapangan terbang changi so selama 5 jam duk dalam flight ke Perth.. transit di perth dulu sebelum p melbourne, so dalam pukul 9 malam kot sampai kat perth, so dari perth kami ke lapangan terbang domestik kat perth, Ya ALLAh mula jejak Perth macam tak percaya kami suma dah jejak bumi kangroo ni, cuaca pada malam tu dalam 12 celsius, tak yah cakap la memang sejuk kt sana, bole nampak asap kuar kot mulut la, Malam tu tido kat lapangan terbang la kami semua kerana flight tuk ke melbourne adalah pukul 7 keesokkan harinya. Time Perth kat Malaysia sama tau, so tak yah nak ubah pape pon. cuma time kat melbourne awal 2 jam, kalu malaysia pukul 10pm kat melbourne dah pukul 12am.
malam tu bukannya kiteorng tido pon, duk jalan2 ada sesetengah dari kami je yang tido.. ak dalam pukul 3 pagi bole lagi jejalan kat luar yang cuaca sejuk giler, 2 hari kat sana bibir dan kulit semua mengelupas, kena pakai lip balm sampai budak laki pon pakai sekali.
ni time kat  LA TROBE UNIVERSITY, wajah2 bangga ni dapat p aussie, ni kan university tempat pelakon DINGINYA LAVENDER tu berlakon..hahah cuma time kteorang sampai dorang tak buat cite ni lagi. kami p Deakin University, RMIT dan Melbourne University... memang best sangat, cuasa dia pon ak suka, siyes duk kat sana memang tak berpeluh pon, dia nampak je ada matahari tapi angin tu sejuk bangat deh. insyaALLAh ada rezeki nak sambung study kat Aussie kot.. heheheeh...


picture ni time kteorang p melawat kangroo dan koala simbol rakyat aussie.. hmm tak ingat nama tempat ini , pastu pergi Philip island tengok peguin..hahaha.. seronok, pVictoria market tu tak yah cakap la, memang borong abis, satu bandar Melbourne kteorang jalan.. eh naek TRAM.. pengalaman tu, bukan dapat di jual beli. Cuma kat sini kteorang selalu makan kebab haha,kebab dia besar dan memang sure kenyang.

sebenarnya banyak lagi nak cerita, kena kacau dengan mat salah kat sana, naek Tram tak beli tiket, seb baek tak kena tahan dengan polis kat sana, jumpa orang2 melayu kat sana, macam jumpa family sendiri, tapi orang malaysia memang ramai kat sana, tengok pasangan gay bergaduh..macam - macam la, sangat best.

insyaALLAH ada duit lebih nanti nak bawak famili pulak pergi bercuti kat sana, dapat kenal tempat orang kan. cuaca dia aku paling suka, tak sejuk sangat tak panas sangat, sebab dia sejuk kering tu pasal bibir suma pecah-pecah sampai berdarah. kenangan 9 hari tu tetap terpahat la.. sampai sekarang still tak percaya aku dah p aussie..hahaha.. 

buhbye....sekian..

TIME BELAJAR LEBIH SERONOK DARI BEKERJA

Monday, April 2, 2012
ASSALAMUALAIKUM.. silent reader, berjumpa kita kembali dalam waktu terdekat, ingatkan baru taun depan nak menulis balik, tapi pikir2 balik kan,baik tutup terus blog ni kalu malas nak menulis, menjadi seorang blogger kita mesti rajin untuk menulis kan?..hahah.. i`ll try my best to give my thought on everything...

well, seperti yang dimaklumkan i sekarang tengah praktikal at my hometown selama 3 bulan, sebulan telah berlalu tinggal lagi 2 bulan, biasanya kalu duduk kat umah memang tak kan rasa nak balik U tapi sekarang ni walaupon kat umah still lagi rasa nak balik u.. alahai.. bila kerja ni, macam2 jenis ragam bos kita dapat lihat, karenah birokrasi, dan skandal dalam pejabat..opssss.. tu nanti kita ulas kemudian..hahaha

Time belajar walaupon stress giler2 tapi still lagi bole berpoyo2 dengan kengkawan, tapi sekarang ni bila time keje jadi lain la, masa pon tak da, seriusly aku rindu time belajar..ni baru praktikal kalu dah keje nanti tak tau la macam mana, ada lagi setaun tuk memikirkan masa depan..  sekarang dah tak bole tido lewat takut mengantuk dalam ofis dah lama tak donlot kdrama tapi still donlot Running man.. puahahahaha.. tu memang tak bole nak tinggal la. Penat mental dan fizikal bila bekerja ni.

ja ne... will be continue.

Hilang dari dunia blog....

Monday, March 26, 2012
Anneyeongggggg... chingu.. sihat semua? harap sihat.. lama giler tak update blog..

hukhuk..haichow.. bersin la pulak banyak sangat habuk-habuk dalam blog ini, bila nak sapu ntah..

sekarang i tengah praktikal, buat latihan industri selama 3 bulan kat syarikat swasta, nnti balik utm balik bulan 6 ni. tapi diri ini sudah hilang rasa nak update blog.. busy dengan pelan suma..(konon..haha)

banyak nak update sebenarnya, banyak post tertangguh yang ni postkan kat sini, tapi masa tidak mengizinkan (padahal buka muka buku bole pulak kan..hohoho) banyak yang nak dicerita pasal kat tempat LI, menda2 yang berlaku pada diri ini , tapi tu la ishhh... nak kta tak da masa ada je masa nak buat menda2 laen, ak try my best la nak update blog walaupon tau ramai silent reader kat sini, i dont care..

ish2 dah menulis banyak pulak nak berleter nak.. orait.. jumpa dalam masa terdekat, bila? tu tak dapat nak dijanjikan...ja ne...

2012 dah ke?

Thursday, January 5, 2012
assalamualaikum silent reader..

wah tadi u oll tau , ad yg wa cuak gler.. cuak sebab tak bole nak buka blog  guna akaun yahoo..nak nangis beb.. aduhai.. kalu betul la tak bole buka, memang kena buat blog baru smbil meleleh air mata..hahahah..
godek sana..godek sini akhirnya bole buka guna akaun yahoo, dah aku dengan ngoknya p buang akaun gmail dari blog aku ni, sepatutnya ada dua admin gmail dan yahoo, ntah angin apa mingu lepas dengan rajinnya p remove gmail, bila nak buka arini dah buat hal pulak...


so solusi aku, buka mozilla, sambil berdoa..haha, akhirnya berjaya buka akuan yahoo blog dengan mozilla tapi tak dengan chrome..okeh merajuk aku dengan chrome selama 10 minit. hahah.. okeh sebab blog ni aku tengok dah berkarat, bnyak habuk..kena polish sikit ni.. neway SELAMAT TAUN BARU kawan2.. bia umo bertambah tapi hati tetap muda remaja,,

ja ne..


should i close this blog??

Friday, October 21, 2011
Anneyeong!!!

ok, saya masih lagi bernafas di bumi ni, maaf la silent reader suma, bukan tak nak update, tapi busy la (propa tu) hahaha..sebenarnya banyak yang nak di kongsikan.. pengalaman p aussie 9 hari cukup bermakna.. nanti kalu ada masa ( ada masa tapi malas nak buka blog sekarang duk lepak kat tumblr) saya update eh..

Lagi, uni kan bru je masuk sem baru..ceit sem baru ke?? hahah..line tenet kat blok lembap la..kadang2 langsung tak da.. tapi jangan risau aku tak kan close blog ni.. sayang beb.. cheer.. okie doki... ja ne..

setelah berhibernasi sebulan..

Saturday, August 6, 2011
Assalamualaikum.. silent reader suma?? sihat2 belaka??
dah lama saya tak menulis, tak excersice jari jemari ni melalui blog.. banyak perkara yang berlaku dalam tempoh ni.. oppss..sebelum tu lupa pulak nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak..sam2 lah kite pergi terawih sepanjang bulan ni.

dalam masa sebulan ni, perkara yang menyedihkan berlaku dalam hidup aku, my grandma kembali ke ALLAH dua minggu lepasa, memang tak sangka.. sedih memang sedih, tapi sejak hari dia sakit lagi dia mitak nak tinggalkan dunia ni, kami sekeluarga redha. sumanya dah selamat. tapi kenangan tu akan tersimpan sampai bila2..  


aku sekarang ngah berjinak2 dengan program affiliate, masih dalam belajar.. nanti aku try update pasal menda ni..tak salah mencuba.. selamat bersahur suma.

jane..wasalam

My thought on Playful Kiss

Wednesday, July 13, 2011
Anneyeong chingu, silent reader.. u oll suma..

Pekaba suma?? dah lama rasanya aku tak buat entry kerana? busy? ani.. (tidak) sebab aku pemalas tahap dewa, okehh.. dengan bangganya aku nak cakap gue dah abis tengok playful kiss, drama ni dah lama dengan aku sejak tahun lepas lagi, disebabkan aku bias dengan Lettuce couple aku tak tengok cite ni , bukan apa aku tak sanggup nak tengok kim hyunjoong kiss orang lain..hahahah, kira amek masa jugaklah aku nak terima drama ni. maybe Heartstring yang aku tunggu2 nak donlot tu aku tak kan donlot dalam masa terdekat kerana Yonghwa cium pompuan laen, andaeeee.. aku kena amek masa jugak nak tengok HS ni.

okeh, rating Playful kiss kat korea memang teruk walaupun disediakan dengan kiss yang romantik dalam hujan, tapi rating dia tetap tidak dapat memikat hati penonton.Jika nak dibandingkan dengan versi taiwan dan jepun punya, aku lebih suka yang taiwan punya, walaupun heroin Playful kiss comel sikit je. overall daripada 10 aku bagi 3 je, sebab?? aku tak suka heroin dalam cite tu, bukan tak suka heroin tapi tak suka chracter dia, annoying giler, rasa macam nak sepak je muka tu, sebab?? rimas kot dengan watak Oh ha Ni ni, mmg la watak dia macam tu, tapi entah aku tak suka pompuan yang macam ni, macam tak da lelaki lain. bagi aku watak ni jadi beban kat hero. Dengan tergedik2, ntah kalu aku jadi laki memang tak kan suka kat pompuan macam ni, apa yang ada kat watak Oh ha Ni ialah comel je, dan dia ni bersungguh2 bila nak kan sesuatu.

Bagi watak hero lakonan Kim hyunjoong, ok la.. memang dia nsem tak bole nak dinafikan , tapi aku rasa macam kayu sikit la lakonan dia, macam tak da perasaan pun ada, ntah.. malas nak komen lebih, aku x tau kenapa kawan aku suka sangat dengan cite ni, maybe sebab aku dah tengok versi Jepun dan taiwan so bila versi korea aku dah malas nak tengok sebab dah tau jalan cerita dia, macam BOF jugak aku amek msa nak habiskan, sebab aku dah tengok Hana Yori dongo.

okehhh.. ja neee..